Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Sunday 18 December 2011

Memakai Tudung Sesuai Dengan Bentuk Muka




1.BUJUR : Pemilik muka bujur bertuah kerana wajah mereka sesuai dengan kebanyakan jenis tudung. Mereka bebas memilih tudung bawal, tudung ‘awning’, selendang, dan tudung Syria, tetapi harus berpada juga dengan tudung ‘awning’, pastikan ‘awning’ tersebut sesuai dengan bentuk bujur wajah. Ini kerana tudung ‘awning’ mempunyai saiz. Pastikan wajah tidak kelihatan seperti ‘cacat’ apabila memilih tudung ini.

2. BULAT : Untuk bentuk wajah comel ini, disarankan memakai tudung bawal, tudung ‘awning’. Sebaiknya pilih ‘awning’ yang mencapai ke rahang, bukan di atas pipi. Ini dapat membantu membentuk ilusi bujur pada wajah anda. Elakkan tudung Syria kerana ia melekap pada muka. Jika masih ’teringin’ untuk gayakan tudung jenis ini, pilih anak tudung yang ada awning. Teknik solekan yang boleh wujudkan ilusi bujur pada wajah juga dapat membantu.

3. BENTUK HATI : Untuk bentuk wajah sebegini, digalakkan memakai tudung bawal, tudung ber’awning’, dan elakkan memakai tudung Syria mahupun turban. Ini kerana bentuk wajah begini memiliki dahi yang tidak luas, serta anak rambutnya mudah nampak. Kerana itu, mereka akan kelihatan cantik dan manis jika memakai tudung bawal dan ber’awning’. Selendang juga boleh dipakai namun pastikan mencari anak tudung yang sesuai.

4. PERSEGI : Untuk bentuk wajah begini, tudung ber’awning’ tidak sesuai dengan wajah anda. Justeru pilihan yang tepat ialah selendang dan tudung bawal. Ini kerana ilusi wajah anda amat unik dan bahagian rahang agak lebar, pastinya anda perlu ‘cerewet’ untuk memilih tudung yang sesuai buat anda.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...